Thursday, 31 March 2011

~Apa itu Stress?~

Stress atau tekanan boleh menjadikan kehidupan seseorang itu tidak sihat. Ada kalanya boleh membuatkan seseorang itu GILA atau sakit mental. Mungkin anda baru dimarahi penyelia, mungkin kerja tidak menjadi, atau mungkin juga hubungan cinta dan keluarga anda sedang dilanda badai. Seharian memikirkannya hingga menjadikan hidup anda huru hara. Namun jalan penyelesaian tidak juga nampak tandanya. Siapa tak stress kalau dalam situasi begini? Bagi anda yang sedang mengalami stress yang melampau, tidak kiralah kerana kerja, cinta, keluarga atau orang sekeliling.




12 Tips tangani Stress

1.Uruskan Masa Dengan Efektif
Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.

2. Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol
Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stress pasti akan kembali.

3. Rehat Seketika
Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan anda berhenti rehat seketika untuk meminimakan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif.

4. Kurangkan Gangguan
Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.

5. Makan Makanan yang menyihatkan
Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.

6. Lakukan Meditasi
Ia senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas dengan dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh. Dan jangan lupa mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.

7. Berfikiran Positif dan Belajar Kawal Ketakutan
Elak dari menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri setiap hari. Jangan buang masa dengan rasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat ditukar atau dicapai.

8. Dapatkan Nasihat
Minta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stress. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.

9. Belajar Katakan ‘TIDAK’
Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapi masalah berkaitan kerja.

10. Dapatkan Tidur yang Cukup
Tidurlah sekurang-kurangnya 6 – 8 jam sehari. Tetapi seseorang akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stress memikir dan menyiapkan kerja yang bertimbun.

11. Lakukan Senaman
Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan. Ia akan merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi.

12. Menarik Nafas Dalam-dalam
Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.

Tuesday, 29 March 2011

::Pemandu wanita berbahaya?::

Salam..

Aii.... topik ari nie nk cite pasal "Pemandu wanita berbahaya?"...pagi2 lg da dengar t0pik nie kat radio..rmi gak caller yg k0l bg tau xpuas hati ngn care pemanduan wanita...bg pendapat aku topik nie ade betulnye...ade jgk org pempuan yg bwk kete tersgtla lambat dan ikut suke ati je nk masuk...tapi xsemua perempuan macam tu..ade je org lelaki yg bwk kete main ikut sedap die je nk msk..dengan xbg signalnye..aku hampir accident ari 2 disebabkan 1 kete h0nda nie..pemandu die lelaki..bkn pompuan... ikut sedap die je msk lane org..nasib baik aku xlanggar kete n divider..nk gugur jantung dibuatnye...dalam hal nie xkisahla wanita atau lelaki masing2 kene memandu dengan berhati...fikir psl org lain..jgn pentingkan diri sendiri okey... "BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG"


Monday, 28 March 2011

~crAzy cReAti0n~













ha..cane...mmg crazy kan gambar2 kat atas..ngeri pn ade bile tgk..gambar2 nie sume di edit kat photoshop..tp bknla aku yg edit..hehe..aku juz nk share idea kreatif yg telah dihantar ke emel.. pape pn layan je la ek..huhu..

~hikAyAt mEr0ng mAhAwangsA~

Salam..

Aii..ari nie nk share cite psl filem yg aku tgk ari sabtu-26 Mac 2011..wlupn aku dah telambat tp aku nk share gak psl filem "Hikayat Merong Mahawangsa"...best sesgt cite nie..terbaik!!! mmg ptt dipuji filem ni...xboring & berbaloi sgt2  tgk ...suma part best2la..tambah2 lagi ngan watak ying ying..klakar je.. mmg menceriakan suasana...tahniah pd KRU studios...


Sinopsis

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

Pelakon Sampingan

Wednesday, 23 March 2011

~kEputusAn sPm 2011::23 mAc 2011~


Salam..

Ari nie result SPM kuar..ha! mesti bedebar2kan bg adik2 yg nk amek result 2 kan...aku pn ade adik yg nk amek result spm..bpela die dpt agaknye..h0pe die dpt keputusan yg baik..amin...gud luck wat semua adik2 yg nk amek result ari nie..mane yg nek bas, moto, kete, jalan kaki n dsb...berhati2 dijalan raya k..jangan tergopoh-gopoh..

Friday, 18 March 2011

~17 Mac 2011: putrAjAy@~



Salam...Selamat pagi..entry ari nie  bout aktiviti yg kitorg (me+0fismate) wat smalam..ptg smalam pas kit0rg abes keje trs je gerak g putrajaya nk g naik bel0n panas..tup2 sampai putrajaya hujan lebat..kitorg melepakla kat tepi tandas sampai hujan benti...agak2 da renyai2 kitorg g makan dulu...pas2 g balik kat presint 2...bile da sampai n nk pi beli tiket RELA yg jage 2 ckp belon panas tutup malam nie sbb hujan..ad0i..frust je memasing...xdpt nk nek belon panas..nk wat canekan xde rezeki nk nek..huhu..pas2 di0rg decide nk g alamanda men b0wling..aku da la xterer + xreti men..haha..tibai je la...asyk msk ke l0ngkangla gamaknye..hehehe..membe2 yg len sume terer..men 2 game plak..yg 1st ok lg..msk 2nd r0und da malas da..pape pn mlm td mmg bestla..hepy wlupn xdpt nek bel0n panas..hikhikhik...mai tgk gambar2 yg kitorg amek smalam..



























Wednesday, 16 March 2011

Tiada rakyat Malaysia terbabit

Tiada rakyat Malaysia terbabit


KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam rancangan pihak berkuasa Jepun memindahkan mereka yang menetap dalam lingkungan 50 kilometer dari loji tenaga nukelar Fukushima yang meletup pagi semalam.
Wisma Putra dalam kenyataan berkata, Kedutaan Malaysia di Tokyo sudah membuat lawatan ke semua pusat pemindahan bagi menemui rakyat dan pelajar Malaysia di tempat terbabit bencana bagi meninjau keadaan mereka dan memastikan kebajikan mereka terjaga.

Sehingga 11 pagi tadi (10 pagi waktu Malaysia), seramai 1,177 rakyat Malaysia berjaya dihubungi dan disahkan selamat oleh Kedutaan Malaysia di Tokyo.

“Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi dan mengambil tindakan susulan sewajarnya,” menurut kenyataan itu. - Bernama