Friday, 17 February 2012

~Sand Art~

Salam..hai selamat pagi..dah ari jumaat dah rupenye..sekejap je mase berlalu..Semoga hari ini lebih baik dari semalam..amin..btw, aku cume nk share gambar2 yg sgt kreatif..terer tol diorg ni wat wlupn kat atas pasir.. meh tgk gambar kat bwh ni..



















kreatifkan betul diorg nie..mesti teliti org yg wat nie..sgt teruje klw dapat tgk betul2 =)

Thursday, 16 February 2012

~BFF: 3Days 2Nights~

Salam..hye..ari ni aku nk st0ry psl percutian aku n membe2 pade 3 - 5 Feb 2012...percutianla sgtkan..hehe.. wlupn kitorg x gi bercuti kat pulau2 but still make we all hepy.. kitorg bercuti kat umah membe dkt cheras.. mule2 nk tido sehari je..memandangkan isnin selase cuti kitorg pn smbg bermalam smpai ari ahad...dptla kitorg berborak sakan..1st day kitorg tido kul 4pagi..berborak smpai xingt dunia..hehe..bergegar umah membe dgn gelak kitorg..soryla jiran2 sebelah kitorg klw gelak mmg xingat dunia..hehe..2nd day masing2 dah penat sume tido awal..huhu..mmg puas hati sgt2 dpt jumpe aimi, rean n sue.. Thanx aimi c0z bg kitorg tido kat umah ko,masakkan kitorg breakfast n basuhkan baju..syg ko sgt2..hehe..h0pe pasni nie kte ley jumpe lg k..
Actually, kitorg plan nk g bagan lalang end of january tp sue plak ade hal..disebabkan membe clas time kat kuis nk kawen 4hb feb kitorg decide la nk tido umah aimi sbb nk gi kenduri same2..ha..ckp psl kenduri ni ade cite klakar yg xley lupe..huhu..mase kitorg nk gi kenduri hajar kat bandar kinrara kitorg follow direction kat kad kawen tp sesat jgk..hehe..kitorg try jugak cari n then terjumpe dewan dpn sekolah..dalam MAP ade tulis sekolah SKBK..so, kitorg pn excitedla sbb da jumpe kan sbb dpn dewan mmg ade sekolah..kitorg pn bejalanla siap bwk hadiah lg ni..sampai je dpn pagar msauk dewan tu tetibe aimi n rean pusing..aku pelik nape diorg benti nasib baik aku xjalan terus..rupe2nye tgk kat bunting gambar org lain..bkn Siti Hajar tp Siti Nurhidayah..haha..Alamak!!!!!kitorg da salah kendurila..haha..nasib baik xmsk mkn lg..malunye la..dah la bwk hadiah..punyela kitorg c0ver xnk org perasan yg kitorg salah kenduri..mmg klakar..rupe2nye yg kitorg br perasan sekolah tu bkn SKBK tp SMKBK..ad0i sbb salah tgk name sekolah n kebetulan dkt situ ade dewan n kenduri kawen, kitorg da slh pegi kenduri..hehe..1st time kot aku salah gi kenduri..lastly kitorg jumpe gak tempat kenduri..tp cam da lmbt je smpai.huhu..pape pn Tahniah ye Hajar..Selamat pengantin Baru..cantik sgt time tu..baju pn cantik..mmg aku ikut tema pengantin time tu..hehe..meh tgk gambar2 sepanjang percutian kitorg(percutianla sgtkan)..hehe..






Thursday, 9 February 2012

~Demam Vanila Coklat~



Salam..hai..skrg ni rmi yg tegile2 tgk cite vanila c0klat..temskla aku..hehe..siap download n repeat tgk cite 2..sweet sgt tgk diorg..cam sesuai je kan..amir pn c0mey je..pandai die belakon.. rasenye ni drama 1st die belakon.. xsabar nk tunggu episod yg seterusnye.. jom kte bace sinopsis cite vanila coklat nie..





Sinopsis Vanila Coklat :
Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.
Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.
Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.
Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.
Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.
Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.
Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.
Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Cameron Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.
Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.
Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.
Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?
Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat,

Selidik latar belakang pasangan sebelum bertunang

gambar sekadar hiasan
KES putus tunang atau membatalkan perkahwinan yang dirancang kerap berlaku dalam masyarakat. Dalam banyak kes, ia diselesaikan dengan baik, biarpun salah satu pihak pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pembatalan itu. 

Ikatan pertunangan adalah satu perjanjian yang mana pihak lelaki dan perempuan bersetuju untuk berkahwin pada masa depan dalam tempoh dipersetujui. Dalam masyarakat Melayu, proses meminang diadakan secara beradat yang membabitkan merisik sebelum majlis meminang.
Merisik sebelum meminang adalah tuntutan agama. Tidak semestinya diadakan acara rasmi seperti biasa diadakan. Apa yang dikehendaki ialah maklumat mengenai perempuan yang bakal dipinang.
Biasanya merisik bertujuan bagi pihak lelaki mengetahui mengenai perempuan hendak dipinang. Pada masa sama juga pihak perempuan boleh bertanya mengenai lelaki yang masuk merisik itu. 

Pengumpulan maklumat kedua-dua pihak amat penting bagi memastikan tidak ada perkara yang sengaja disembunyikan. Banyak kes putus tunang disebabkan tidak mengetahui identiti sebenar pasangan masing-masing. 

Sikap menyembunyikan fakta diri atau sengaja menyatakan perkara yang tidak tepat membawa kesan buruk hingga mendatangkan tidak puas hati yang membawa kepada putus pertunangan. 

Kes putus pertunangan memberi kesan buruk, lebih-lebih lagi jika berlaku ketika waktu perkahwinan terlalu hampir. Persiapan majlis perkahwinan diadakan dan tetamu sudah diundang. Pembatalan perkahwinan pada saat-saat akhir bukan saja mengecewakan bakal pengantin, tetapi seluruh ahli keluarga. 
Mereka bukan saja menanggung kerugian kewangan menyediakan persiapan perkahwinan, tetapi juga maruah turut tercalar dan menerima aib pada mata masyarakat. 

Mengikut Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, jika seseorang mengikat pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui orang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi tanpa sebab yang sah, manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan jika ada, atau nilai dan membayar apa-apa wang yang dibelanjakan untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, boleh menuntutnya di mahkamah. 

Antara punca putus pertunangan ialah adanya gangguan pihak ketiga. Sikap mengatakan ‘baru bertunang, belum kahwin lagi’ sebagai gambaran bahawa ikatan itu mudah diputuskan amat ditegah oleh agama. Memang ikatan pertunangan tidak sekuat ikatan perkahwinan, Islam tetap menegah perkara itu dibuat main-main. 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Oleh itu tidak halal dia membeli pembelian saudaranya, dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadis riwayat Muslim). 

Jelas sekali, haram bagi lelaki masih menaruh minat terhadap perempuan yang sudah bertunang. Begitu juga, perempuan yang menjadi tunangan orang, jangan sekali-kali terpikat kepada lelaki lain. 

Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan sudah bertunang samalah seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan yang sama. Akibatnya boleh menyebabkan permusuhan berpanjangan yang memutuskan persaudaraan. 

Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang selepas ikatan pertunangan dibatalkan oleh pihak lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan dipersetujui pihak lelaki. 

Perempuan yang bertunang juga boleh dipinang jika diizinkan tunangnya. Keadaan ini berlaku jika tunangnya bersedia memutuskan pertunangan dan mengetahui ada lelaki lain ingin meminang tunangnya. 

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehinggalah lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya, atau mengizinkannya.” (Hadis riwayat Bukhari). 

Memutuskan pertunangan tanpa kerelaan satu pihak lagi bermakna tidak menunaikan janji ingin berkahwin. Dalam Islam menunaikan janji adalah sesuatu amat dituntut. Sesiapa tidak menunaikan janji termasuk melakukan perbuatan munafik. 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tiga perkara, sesiapa yang berada di dalamnya, maka dia adalah munafik, walaupun dia berpuasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim. (Perkara itu ialah) Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia memungkiri dan apabila dipercayai dia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

Ikatan pertunangan adalah janji secara dasarnya lahir daripada sikap saling mempercayai dan menghormati antara kedua-dua pihak yang mengikat janji. 

Tetapi dalam keadaan yang mana ada alasan kukuh dan demi untuk kebaikan, ikatan pertunangan boleh diputuskan dengan persetujuan kedua-dua pihak. Islam mengharuskan perbuatan itu atas dasar untuk mengelakkan keburukan jika pertunangan diteruskan dan lebih-lebih lagi apabila berkahwin. 

Dalam keadaan itu, kedua-dua pihak perlu berlapang dada dan tidak saling menyalahkan. 

Sebab itu, dinasihatkan agar pasangan bercinta atau perempuan dirisik jangan terburu-buru mengikat pertunangan. Ambillah sedikit masa untuk mengenali dan menyelidiki pasangan terlebih dulu 

Nabi Muhammad memberi panduan yang terbaik bagaimana mencari pasangan hidup. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dikahwini wanita itu kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka utamakan wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 


Friday, 3 February 2012

~My Bff~


Salam...h0lla..hai..rindunye kat membe2 mase Skolah Rendah, Samsmel, KUIS n MPOB..rindu sgt2 kat korang.. tp ari ni aku nk jumpe bff time kat kuis..da lame xjumpe n borak2.. mesti bergegar umah die mlm ni..haha.. kul bpela kitorg tido mlm ni kan..soknye kitorg nk g Puchong, kenduri kawen membe clas time blaja kat KUIS dulu..tiap2 minggu g kenduri kawen..hehe..Nie la die my bff yg nk jumpe mlm kang..meh tgk gambar kat bwh ni ye..

rean, sue, nadia n aimi
kurusnye la aku time ni..haha..membe2 sume maintain je bdn smpai skrg  aku je lah yg membesar ngan jayanya..hopefully aku dptla trnkan berat bdn aku b4 bln 5 ni..amin..insyaallah... nie kwn aku dr 1st semester smpai kitorg grad..sentiase bersama wlupn kitorg lain2 clas..paling best time kitorg kene meniage..mase 2 sem 5 kot..xingatla..kitorg meniage cendawan goreng, nugget, bebola, buah2an n aiskrim...pas abes clas terus siapkan barang untuk jual kat hostel...byk jgkla kitorg dpt untung...byk lg kenangan xtelarat nk cite kat sini..mlm nie kite jumpe ye kawan2..b0rak sampai lebam..pasni 2 orang nk kawen..bile la kite dpt jmpe n borak2 lgkan.. nie aku nk share pic kwn2 yg aku kamceng mase sk0lah dulu..skrg da jarang dpt jumpe n borak2 ngan diorg..klw jumpe pn kat kenduri kawen membe2..dptla jgk tanye2 kabar..
blakang : nadia, ieda, dayah, bett, fiza,kemek
dpn : anyss, piah
blakang : kemek, dayah, nadia, ieda
depan : anyss, piah, bett, fiza

nie membe2 time sekolah menengah.. ade 8 org sumenye..6 org da kawen..tinggal aku ngan piah je xkawen lg..bile tgk gmbr ni br prasan kitorg 2 org je xkawen lg..haha..sedihnye..hehe..xpe..lg beberape bln je aku nk ikut jejak langkah diorg..haha..jeles tol yg da kawen awal n da ade anak tu..
fadlina
fadlina nie aku kamceng start mase form 2 smpai skrg..kitorg still keep in touch tp jarangla msj..kdg2 ade jumpe gak die..aku panggil die fad je..senang je klw nk jmpe..g alamanda pas2 g Habib leyla jumpe die..die keje situ skrg ni..kitorg rapat sbb dulu dok 1 dorm..die sekolah kat samsmel smpai form 3 je pas2 die pindah sekolah putrajaya xsilap..yg xley lupe ngan fad ni pas blk prep mlm mesti singgah mesin air..pas2 selok tangan dalam mesin nk kuarkan cawan takut cawan tersekat kuar air je..fad suke beli air milo..aku beli air mangge..die mesti kacau air pki tangan sebab xnk bg org minum..haha..klakar je bile ingat2 blk..
dayah n nadia
nadia n ain
Dayah n ain nie membe time blaja kat KUIS...kitorg dok 1 bilik kat ostel..nie la membe2 kamceng time kat ostel dulu..g mkn same2..kuar same2..klw gelak xingat dunia..haha..lg2 ain afifah tu.. dayah da kawen n ade sorang ank laki..br umur sethn..selalu jgk borak2 n jumpe die..yg ain da lame xjumpe..tp ade la chit chat kat fb..best je bile recall zaman2 blaja dulu..best sgt2.. 
fatin n shut
Fatin n shut membe aku dr skolah tadika smpaila skrg nie... Fatin da kawen..aku n shut je la yg belom kawen..shut dok 1 taman ngan aku..dkt je pn umah tp jarang jumpe..haha..msg2 bz dgn kerjayela katekan..hehe..klw jumpe pn sbb selisih nk kuar g keje or blk keje..da lame xborak2 ngan diorang..fatin ngah tunggu hari nk bersalin..xlame lg dptla ank buah baru..hehe..smpai sini je la story yg dpt aku kongsikan..thanx pd yg membace..daa...assalamualaikum...





~Ust. Don Daniyal Don Bijayid~




Salam..hai..k0rang kenal x Ust. Don? Ust. Don femes da skrg..budak2 kecik pn kenal..suke tgk rancangan 30 minit bersama ust. Don kat tv alhijrah..setiap hari isnin - rabu pkl 10.30 malam dan ulangan jumaat pkl 2.00 ptg..ape yg die ajar dan terangkan senang nk paham... Xsilap aku die skrg jd pensyarah kat KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor)..KUIS tempat sy blaja dulu..agk bangge la jgk ade ust.2 femes mengajar kat KUIS..same cam Ust. Farid Ravi pensyarah KUIS jgk tp skrg die ngah smbg pengajian dkt Jordan xsilap sbb tu da lame xkuar tv....pape pn jom kte tgk biodata ust. Don..


Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid

Tarikh lahir: 14 November 1984


Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang


Tinggi: 171 sentimeter



Berat: 56 kilogram

Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)


Status: Bujang


Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir




pic : mr google

Wednesday, 1 February 2012

~mAri bErsAuna..yeAy~

Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak sy beli set sauna nie..baru je amek tadi..xsabar nk pasang n pakai.. pasni leyla bersauna..hik3..3 kali seminggu je tau..hari2 tak digalakkan..xyah gi spa da...hehe..sape2 nk beli b0leyla pm sy (^_~)..j0m bace ape kebaikan dan kelebihan bersauna nie..jom bace jom..

Kebaikan dan kelebihan bersauna:-

1-Membakar lemak dari luar dan menurunkan berat badan secara teratur.
2-Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin, baik untuk bertangkas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan, menambah susu badan dan mencairkan lemak.
3-Menyingkirkan toksik badan melalui peluh.
4-Mengurangkan risiko darah tinggi, kencing manis & dan lain-lain-meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan sistem imunisasi badan.
5-Menyegarkan tubuh badan anda selepas penat bekerja.mengurangkan kesakitan anggota badan,sakit urat, sendi dan sengal2 tulang.
6-Mengurangkan sinus/resdung dan jerawat : menggantikan sel-sel yg telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit, kulit menjadi lebih menawan, segar, halus dan licin.
7-Menggantikan aktiviti berjogging dan bersenam. 

MANDI WAP (BERSAUNA) BERBANDING AKTIVITI SUKAN YG LAIN:-
1. BERSAUNA 15 MINIT     = PEMBAKARAN 400-600 KALORI
2. AEROBICS 30 MINIT       = PEMBAKARAN 400 KALORI
3. BERJOGING 30 MINIT    = PEMBAKARAN 300 KALORI
4. BERBASIKAL 30 MINIT = PEMBAKARAN 250-500 KALORI
5. BERENANG 30 MINIT    = PEMBAKARAN 400 KALORI