Thursday, 28 November 2019

~Hello Kitty Carrier - dah aku pun terjebak~

Assalamualaikum..

Selamat pagi korang... minggu nie kan bile aku tgk kat IG ramai org dok pos gambar bekas hello kitty tu tau... aku xde la amek port pn sebab aku bukan peminat hello kitty.. lepastu kan smalam aku tgk2 IG ade lagi org pos gambar benda tu.. rupenye benda tu tempat letak air n mknn.. menarik jugak sebab boleh gantung kt dalam kete.. dah aku smalam sibuk mintak laki aku belikan..hahah.. nasib baik dia ade membe keje McD so dia dah book siap2 takut abes..hahaha.. akhirnye dapat jugakla aku Hello Kitty Carrier nie.. mlm tadi dah pi collect kat membe.. Bekas ni RM29.90 xsilap aku tapi kene beli dgn set makanan skali.. so laki aku amek set mc chicken.. total kene bayar rm39.++ nasib baik laki aku layankan je la..hahaha



~ Jalan2 naik Cable Car n Genting Highland~

Assalamualaikum..

Hye uollss.. 26 okt hari tu bwk anak3 jalan2 naik Genting Highland..plan last minit, husband tanye nk g jln mane, kite ni manjangla jawapan mane2 je la..hahah..tibe2 husbnd ckp jomla gi GPO.. xpenah pegi lagi..hehe..ape lagi.. Lepas je breakfast dalam pkl 11 lebih kitorg gerak naik gi GPO.. amek masa dalam 2jam 45 minit jugakla + jem kan.. jalan jem sampai tol gombak je.. lps tu ok dah.. kami drive sampai GPO je sebab nak naik cable car dkt Awana Skyway dkt sblh GPO.. lepas je parking terus naik  kat tingkat atas skali beli tiket.. beli tiket return terus senang nak balik tak yah nk pikir beli tiket lagi dah.. tiket return utk dewasa rm19 utk kanak2 lps 90cm rm9.. 1st time aku nak naik cable car nie..hahah.. beratur nak tunggu tu punye la panjang.. bertabahla demi nak naik cable car..






Nak naik cable car ni pn cuak jugak sebab die bejalan slow2 xbenti.. so kite kene cepat2 masuk..huhu.. aduh pening kepala aku naik cable car nie.. begoyang2 tu buat aku pening.. rase taksabar nk sampai atas..aku tak perasan lak amek mase bpe lame nk smpi ke atas.. naik atas ingt nk bwk budak2 jalan2 kat outdoor.. xsiap lagi rupenye.. so bwk diorg pusing2 kat dalam je la.. bagi diorg main sorang 1 mainan pastu jalan2 kejap pastu gerak naik cable car balik turun bawah.. nk jalan2 kt GPO pulak..huhu..jalan2 cuci mate je..xde nk shopping pn.. 







Saturday, 12 October 2019

~ Pembedahan buang Lipoma~

Assalamualaikum...

Hai kawan2... Sabtu minggu lepas 5.10.2019  jam 5.00 pagi aku masuk wad di Hospital Kajang... masuk sebab aku kene operation buang lipoma.. apa tu lipoma??? aku dah share dekat post sebelum.. boleh klik sini.. Bermulanya ada ketulan lipoma ni masa tahun 2014.. awal2 tu bengkak tu sebesar duit 20 sen tu je.. ketulan tu timbul dekat belakang leher/tengkuk.. mase tu aku xperasan pun.. tak silap adik aku yang perasan ketulan tu dan bile picit takde rase sakit.. risau jugakla kan benda ape yg tumbuh tu.. lepastu aku pegi Pusat Kesihatan UPM n dokter refer aku ke Hosp Kajang.. buat appointment lepas tu diorang amek sample ketulan tu.. dapat result Dokter cakap tu mcm lemak je tak bahaye pun.. tapi klw dalam jangka masa terdekat bengkak tu makin besar terus pegi hospital.. so aku pn biar je la.. tak continue follow up check up.. aku tak pegi sebab mase tu aku dah nak besalin anak no2..  bengkak tu pn aku pegang rase mcm xbesar2.. so aku biar je la die sebab tak kacau aku pn.. rupenye makin lama bengkak tu makin membesar.. husband n family aku mmg dah tegur cakap bengkak tu makin besar.. aku cakap tak pe la sebab tak sakit pn.. biar je la.. tapi makin lame aku rase kt tengkuk/ leher aku ni makin rase tak selesa.. rase berat, cepat lenguh..mungkin sebab saiz bengkak tu dah membesar.. dah 5 tahun aku simpan bengkak tu rupenye...bile aku cek sendiri bengkak tu besar dia dah sebesar 7cm.. besar jugak tu.. mmg risau jugakla fikir pasal bengkak tu.. tapi nak pegi cek takut..huhu.. 

Lepas tu mase bulan 7 hari tu aku sakit mata, so aku pegila Pusat Kesihatan UPM.. aku jumpa dokter yang adik aku jaga.. lepas dokter cek mata aku, adik aku pegi cakap dekat dokter pasal bengkak kt belakang leher/tengkuk aku tu.. so dokter tengok dan dia memang sarankan aku untuk pegi hospital.. dia ade jugakla bagi tau risiko2 kalau bengkak tu makin membesar sebab bengkak aku tu dah naik ke arah kepala so takut bengkak tu menekan saraf dan risiko boleh lumpuh.. eh takut pulak aku dengar.. so mase tu terusla aku pegi hospital kajang utk ambil appointment.. sampai2 sane nurse bace surat refer nurse terus suruh aku jumpe dokter.. dokter cek dan terus decide untuk operate.. dan dokter bagi tarikh 3 bulan selepas tu.. so tarikhnye adalah 5 Okt 2019.. sebelum tu mesti jumpe pakar bius dulu dia kate okey baru ON tarikh operate tu.. 10 sept aku jmpe dokter pakar bius dan dia kate ok xde masalah dan boleh proceed untuk operation.. aku kena datang pagi2 sabtu tu untuk masuk wad... so pukul 5 pagi aku dah warded.. sampai2 wad terus kene tukar baju untuk masuk bilik OT sebab tak tau turn aku no berapa so get ready je.. dah masuk hospital kan so ape lagi tangan tu kene la cucuk utk amek darah dan masuk air... malam tu aku dah start puase dari pukul 12 malam... aku kene tolak masuk bilik OT pukul 11.30 pagi... fuhhh pengalaman pertama aku nk masuk bilik bedah nie.. memang bedebar2 la..macam2 la pikir... bile masuk je OT tu dokter tu dokter suruh sedut gas tarik nafas lepastu hembus..die suruh sebut nama n baca no ic.. mase tu aku dah rase mamai dah.. tak taula aku bace no ic aku sampai abes ke tak... sedar2 je aku dah kt luar bilik OT.. mase aku sedar tu aku rase tekak aku perit giler... rase susah nak benafas dan aku rase nk muntah... memang rase pening giler.. bile aku dah sedar tu nurse cakap nk tolak aku naik wad.. die baru tolak aku rase nak muntah lagi...sampai2 wad aku still rase nak muntah.. rase haus sgt2.. bile minum air masak je terus keluar balik..mmg rase loye giler.. aku mintak suami aku belikan air jus.. aku xboleh nk minum air masak.. suami aku turun dan belikan aku jus mangga.. lega dapat minum air mangga tu.. lame jugakla rase pening tu.. kepale pn tak boleh nk gerak2 sangat..baring pn kene mengiring je la... dok pakar bius ade bagi tau yg mase operate nanti aku kene full bius lepastu bile dah stabil petang dah boleh discaj.. 

So petang tu bile dokter round aku tanyela aku boleh discaj ke? Dokter tu suggestkan aku rest je dekat hospital tak payah balik lagi esok baru balik... dokter ckp takut bile balik nnti aku akan pening balik.. so malam tu bermalamla kat hospital.. 1st timela aamina tidor tanpa ibu..sian dia merengek2 cari aku..slalu sebelum tido dia nk ngempeng dulu kat ibu die.. mlm tu die menangis2 la jugak.. nasib baik bile ayah dia amek masukkan dalam buai die benti nangis n sambung tido.. dah pagi baru die nak minum susu botol.. sian amina.. aku risau nk operate sebab pikir anak kecik lagi...tapi bile pikir balik kalau tunggu2 pun bile lagi mase yang sesuai nk operate pn.. alhamdulillah lega dah selamat operation... benda yang aku takut2 selama nie... rase ralat jugakla sebab tak buat operation dari awal.. so mane kawan2 yang tiba2 ada timbul bengkak kat mana2 tu sila2 lah pegi cek.. even benda tu tak bahaye pn still kene buang jugak sebab dia akan membesar.. dapatla aku MC seminggu... cepat je masa berlalu.. nak abes dah MC... nak masuk keje balik da..huhu... 

#simpanuntukkenangan







~ Apa itu Lipoma? ~

Contoh Lipoma di bhgn kepala (Gambar dari google)

Lipoma: benjolan membesar secara perlahan

KETULAN atau benjolan berbentuk bulat sama ada kecil atau besar yang tumbuh antara permukaan kulit dan lapisan otot boleh membuatkan seseorang itu rasa kurang selesa.
Lazimnya, lipoma tumbuh di beberapa bahagian badan seperti tangan, kaki, bahu dan belakang leher, malah ada di dalam organ badan.
Walaupun tidak terasa sakit apabila ditekan, namun ada yang bimbang dan beranggapan ketulan itu terus membesar hingga boleh menyebabkan barah.
Pakar Bedah Endo-Laparascopic, Sri Kota Specialist Medical Centre, Dr K Anantha, berkata ketulan yang terbentuk daripada sel lemak atau tisu adipose dipanggil lipoma.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak berbahaya tetapi lipoma yang tumbuh dalam sistem gastrointestinal sehingga menyebabkan penyumbatan dalaman usus boleh mengancam nyawa.
"Lipoma tidak dikategori sebagai tumor sebaliknya benjolan itu boleh berkembang dan membesar secara perlahan pada tubuh yang ada sel-sel lemak.
"Kebanyakan lipoma bukan barah, walaupun ada percanggahan pendapat mengenai lipoma yang dipercayai boleh menjadi barah," katanya.
Dr Anantha berkata, lipoma tidak berbahaya dan hanya satu peratus dideritai oleh orang dewasa dan jarang dihidapi dalam kalangan kanak-kanak di negara ini.
Bagaimanapun, jika ada individu dikesan ia adalah berkaitan dengan simptom lain seperti penyakit keturunan yang dipanggil lipomatosis.
Selalunya orang dewasa, seawal usia 25 tahun berisiko mendapat lipoma manakala lebih kerap berlaku pada individu berumur 35 tahun ke atas.
Lipoma boleh tumbuh dan membesar bersaiz satu hingga tiga sentimeter mengikut ukuran diameter, kemudian ia membesar secara perlahan setiap bulan atau tahun.
Dr Anantha menjelaskan proses itu boleh berhenti sekiranya ia tidak normal tetapi boleh menjadi besar.
"Lipoma boleh berkembang di bawah fascia atau selaput otot yang lebih mendalam dikenali sebagai sub-fascial.
"Selain hanya di kawasan permukaan kulit di badan, lipoma juga boleh tumbuh di bahagian dalam badan seperti tekak, dalam perut dan usus kecil dan paru-paru.
Beliau berkata, lipoma boleh wujud di dalam hati dan tulang, namun jumlahnya sangat sedikit dan jarang dilaporkan.
"Tiada punca atau mekanisma tertentu yang menyebabkan lipoma. Kadang kala, ia juga boleh disebabkan oleh penyusunan semula gen kromosom iaitu 12 kromosom.
"Lipoma yang tumbuh berdekatan dengan saraf seperti jenis Intradermal Spindel Cell Lipoma atau Nerve Shift Lipoma akan menyebabkan individu rasa sakit kerana ia menekan saraf," katanya.
Pesakit boleh mengesan tanda awal perkembangan lipoma dengan merasa ada bengkak sebesar satu sentimeter ketika mandi.
"Kebanyakan benjolan itu tidak sakit tetapi apabila ditekan kesakitannya hanya pada tahap minimum," katanya.
Dr Anantha menasihatkan mereka yang mengalami kesukaran bernafas mungkin ada lipoma pada paru-paru dan jantung.
Bagi lipoma yang timbul di dalam saraf, tanda awal boleh dikesan apabila terasa sakit pada sendi.
Lipoma juga boleh dilihat di bahagian organ endokrin, tiroid, kelenjar adrenal, pankreas dan kelenjar paratiroid.
"Penyakit ini boleh dikekang dengan mengawal berat badan dan memastikan tidak ada sel lemak berlebihan dalam tubuh," katanya.
Beliau menyarankan membuang lipoma yang semakin membesar khususnya, di bahagian yang lembut dan membesar dengan cepat serta menjadi keras untuk mengelak kanser.
INFO
* Lipoma bersaiz kecil (antara 1 sm - melebihi 6 sm.
* Kerap diperoleh mereka berusia 40 hingga 60 tahun
* Individu bawah 40 tahun dan kanak-kanak.
* Lakukan pemeriksaan awal.
* Benjolan dikenal pasti menerusi diagnosis klinikal dengan menjalani ujian radiologi seperti imbasan ultrasound, imbasan imbasan Tomografi Berkomputer atau CT Scan, pengimbas Imej Magnetik (MRI)
*Dilakukan jika ada tanda luar biasa.
Tisu adipose
* Tisu atau lemak dalam badan.
* Berfungsi untuk penyimpanan tenaga dalam bentuk lemak.
* Bertindak sebagai 'pelapik' dan memberi haba kepada badan.
* Tumbuh di bawah kulit dan organ dalaman badan.

rujukan dari: bharian

Sunday, 8 September 2019

~Happy Birthday Yusuf Farhan~

Assalamualaikum..

Hai korang.. pagi semalam berkesempatan pegi birthday party anak sepupu aku.. yg menariknye birthday party tu buat kt balai bomba putrajaya.. rase teruje lak nk pegi..hehe.. bkn senang2 dpt gi balai bomba nie..hehe.. so majlis start pkl 9.30 pagi smpi 12.30 tengah hari.. aku sampai dlm pkl 10.30 pagi.. terlambat sikit smpai..huhu.. nasib baik lom acara potong kek lagi..hehe.. yg bestnye utk budak2 ade baju bomba diorg boleh pakai.. rizqi mmg dia nk pki 1 set baju bomba tu.. aqil xnak sbb malu.. alahai aqil ape nk dimalukan xtaula..hahaha... boleh naik motor bomba lagi kalau nk cube..

Suka pki bj bomba smpi xnk bukak😅

Antara aktiviti budak2 boleh begambar dgn baju bomba, semburan air smpi lencun basah baju🤣🤣 n dapat naik truck bomba round dlm balai bomba tu..hehehe.. suruh aqil naik dia xnak.. malu xabes2.. last2 ibu yg dpt naik sbb nk teman rizqi.. aqil xnk naik jgk wlupn ibu teman.. dpt jgk ibu merase naik truck bomba..hehe





Tuesday, 3 September 2019

~Percutian Last Minit ke Tasik Villa International Resort~

Assalamualaikum..

Haiiii korang.. weekend lepas hari sabtu, time breakfast borak2 kosongla ngan mak ayah..pastu saje2 la cakap "bosanla kan..jomla gi jalan2.."huhu..pastu ayah cakap "jom""nak gi mane? PD? Melaka?" aku pn mcm biar betul ayah nie..aku nk ajak jalan kt Alamanda ke IOI ke.. bkn gi tido hotel..huhu.. ayah aku serius rupenye..huhu.. try cari kat bagan sume full.. PD lagila full utk hr sabtu.. pastu aku cakapla xyah pegila ye.. mak aku mcm insist nk pegi jugak..sbb byk kali suruh aku cari homestay kat area PD n dia pn beria cari kat google..hehe..dlm pkl 2 lebih kot ayah aku soh aku cr hotel or homestay utk hari ahad.. cari kat agoda nsb baik ade yg kosong..so ayah aku pilih hotel Tasik Villa International Resort n pilih 2 Bedroom Villa.. pilih 2 bedroom villa ni sebab dia ade private pool dan dia ada 2 bilik.. ada 1 lagi family villa ade private pool jgk tp dia xde bilik.. die terus ade katil queen n 2 single je... Ahad tu lps zohor kitorg br gerak.. smpi dlm kul 3 lebih sbb jln agak jem jugak.. rmi yg pegi becuti.. nk check in pn lame beratur.. rmi rupenye yg check hr ahad tu..almaklumla isnin cuti umumkan..huhu.. nk dkt kul 4 br aku dpt check in..



Masuk2 villa loading barang2,  anak2 nmpak kolam dah excited dah nk mandi kolam.. tak sabar2.. dr ruang tamu dah nmpk pool.. mmg xmenyabarla diorg nk mandi..huhu




Nasib baik kitorg dah siap2 bwk bekal.. bebudak lps mandi confirm lapar giler..huhu.. aktiviti berendam dlm kolam je la..mlm lps magrib kitorg gi lobi ade pertunjukkan lampu kt tasik diorg.. pastu kt lobi tu ade tmpt main budak2.. yg seronoknye kt situ dr villa kite nk ke lobi boleh naik tram.. ko tunggu je dpn villa nnti ade tram lalu ko naik dia akan hntr korg ke tmpt korg nk pegi.. wlupn villa kitorg dkt ngan lobi..kitorg nk merase jgk naik tram..hahaha.. time nk balik driver tram tu bwk kitorg pusing jauh..huhu..









Esoknye pagi gi breakfast kt hotel.. utk breakfast dpt utk 4 org je.. so yg lain g breakfast kat luar.. sbb klw nk byr agak mahal.. utk budak dr 5 thn ke 12 thn rm21, utk yg dewasa rm42 xsilap..better yg lain breakfast kt luar lebih berbaloi😂😂  lps makan ape lagi sambung mandila.. kang kul 12 nk check out..huhu.. ade dpt gift voucher rm20 boleh gune utk redeem basikal, kayak, makan dine in.. so aku pilih utk redeem basikal.. rm20 utk 30 minit, rase mcm kejap je tu.. klw tmbh rm5 lagi boleh smpi sejam.. so aku tmbh rm5 lagi utk sejam.. kitorg mandi kolam.. mak ayah aku round2 naik basikal..huhu.. kelakar giler kot sbb ayah aku dah lame xbwk basikal.. sakit perut gelak tgk mak ayah aku bwk basikal tu..


Lepas naik basikal mak aku pn join berendam..huhu.. last sebelum balik..huhu.. 



Wednesday, 28 August 2019

~Riadah di Dataran Putrajaya~

Salam...hai uollsss.. hari ahad petang kitorg bawak anak2 main roller blade kat area dataran masjid putrajaya.. dah lama sgt diorg tak main roller blade tu.. berhabuk2 dah kat bawah katil..huhu.. dalam pkl 4 lebih aku gerak sebab nk hantar mak aku balik kampung kt desa putra..dekat je pn kampung,,huhu.. lps tu terus gerak ke putrajaya..aku dah siap2 bawak bekal makanan..kang dah main confirm lapar.. dah lame sgt xlepak kat situ.. rmi jgkla org santai2 kat dataran.. dah lame xbuat aktiviti family mcm nie..asyik terperuk kt umah je bosannn..huhu..









Tuesday, 27 August 2019

~ Aqil 1st time join Tournament Beyblade ~


Salam..haii.. sabtu 24 ogos 2019 hari tu Aqil join tournament beyblade.. Aku terjumpe iklan ni dalam FB.. dia demam hari jumaat tu tp di sbbkan beyblade dia gagahkan badan dia nk masuk tournament tu.. sabtu tu kemain awal die bangun.. mmg dia sihat terusla dari demam..hahaha.. pendaftaran pkl 8 pagi..kitorg sampai dalam pukul 8.20 camtu.. aku beratur bayar rm6 dia bg no giliran.. tournament start pkl 10 pagi..so kitorg pn pegila breakfast dulu kat area tesco kajang.. eh lupe tournament ni kat tesco extra kajang je..dekat nau ngan umah..sbb tu boleh join,..heheh.. dah settle sarapan ape sume dtg balik kat khemah tunggu utk dengar briefing psl tournament lps 10 minit battle pn dah start.. Aqil dpt no giliran 120.. so diorg juz panggil no terus gi kt stadium yg diorg sediakan.. utk 1st round alhamdulillah aqil menang 3-0... permainan ni kalah mati tau..kalah terus balik je..hehe.. so tunggu utk 2nd round pulak.. lame jgkla duduk kt tepi koridor tesco tu..huhu.. utk yg 2nd round ni aqil kalah 3-2.. nasib baik dia tak nangis woii..hahaha.. dah kalah tu terus dia bagi sijil..huhu.. amek pengalaman join tournament..dia nk masuk lagi klw ade tournament beyblade..siap cakap nk beli beyblade yg lgi power..hahaha..