Tuesday, 31 May 2011

::Untuk Wanita: 2 Tabiat Bawa Ke Neraka..::

Renungan bersama..... .
Untuk Wanita: 2 Tabiat Bawa Ke Neraka..

Assalamu'alaikum w.b.t ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka: 

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a.. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari... Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah r.a, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

::Saat-Saat Kematian ::

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Tanda-Tanda Saat Kematian

a) 100 hari :
Seluruh badan rasa bergegar.


b) 60 hari :

Pusat rasa bergerak-gerak.



c) 40 hari :

Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.



d) 7 hari :

Mengidam makanan.



e) 5 hari :

Anak lidah bergerak-gerak.



f) 3 hari :

Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.



g) 2 hari :

Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.



h) 1 hari :

Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.



i) Saat akhir :

Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan)



Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.   



***** Bila Malaikat Mencabut Nyawa ******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:


"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan  masuklah satu kumpulan malaikat kedalam lubang-lubang  kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya  melalui kedua-dua telapak  kakinya sehingga sampai  kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat  yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai  ke perut dan kemudiannya mereka  keluar. Datang lagi  satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari  perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang  lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh  dari dadanya hingga sampai

kekerongkong dan itulah yang  dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka  malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang  beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa  kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah  kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka  Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."  Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:


"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah  lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh  orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari

arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan  kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini  telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:


"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri

majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada  Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang  bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-




1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut

     kehendak mereka.

 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi

     dan tidak di langit sampai hari kiamat.

 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak

     misik.

 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa

     berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."



Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:


1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN.

Sunday, 22 May 2011

~Kisah Bini Tua dan Bini Muda~

Aii...slamat malam sume...mlm nie aku share ckit kisah bini tua dan bini muda yg aku dpt dr inbox yahoo aku..meh bace cite nie...


Ada seorang kakak ni, dah dekat monopouse, tapi masih nampak bergetah kerana kulit cerah, kuning langsat, body masih mengancam dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki tinggi lebih kurang. Oleh itu tak terserlah ketuaannya malah jadi siulan orang. Kak Nani, namanya=Rosnani.

Tapi entah macam mana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat kat rumah sendiri. Bahkan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu dihari bahagia suaminya. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut dengan senyuman ori (bukan kelat tau) di gerbang rumah. Apakah rahsia suami Kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa?

Setahun, dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan, namun bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan kedua-duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua di atas tu berulang, bahkan isteri menyambut tetamu secara berjemaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun !

Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kagum saya akan suami Kak Nani! Telah ku sematkan di hati untuk mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.? Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui Kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa cik abang.

Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, Kak Nani dengan yakinnya berkata, "Tak perlulah jumpa suami akak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was". Saya agak kesal kerana tidak yakin dan Kak Nani dengan pantas mencelah, "Akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa ..."

"Biarlah betul-betuk kak" kata saya . Jawab kak Nani, "kakak mahu semua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak tendang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang Kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kami".

Saya terkulat-kulat memikirnya. Dengan senyum simpulnya Kak Nani menyambung, "dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini", sambil dia menggoyang-goyangkan lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu.

Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat ilmu kawin 3 , setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan bukannya jantan !!...

Wednesday, 18 May 2011

~14 Mei 2011~My Engagement Day~

 Salam...

Aii...ari ni kongsi cite psl majlis pertunangan aku pd 14 Mei 2011 bersamaan dengan ari Sabtu..Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dgn lancarnye wlupn wat kecik2 dan bersederhana je...biarla org nk kate ape...xkshla majlis tu kecik @ besar..dalam islam pn xmenyatakan soh bertunang wat majlis yg besar2..ckp sekadar dgn bersederhana..bak kate orang "ukur baju dibadan sendiri"...klw xsedar diri jgk 2 xtaula.. dalam islam pn terang2 ade mengatakan "rahsiakan pertunangan dan maklumkan pernikahan/perkahwinan"...if org wat kecik2 xpayahla nk argue or xpuas hati..terpulangla pd individu 2 sendiri nk wat mcmane..xpayah nk kutuk2..pelik dengan segelintir masyarakat yg xphm antara agama dan adat...bile wat kecik2 org mengata..wat besar2 pn org mengata jgk..xpaham2..ish3x...pedulila org nk kate..t0l x? betul la bak kate pepatah "mulut tempayan boley ditutup..mulut manusia? mane ley melainkan org tu tutup mulut sendiri"...lantakla..ade aku kisah...aku xmenyusahkan hidup diorg pn..huhu...berceloteh plak aku nie..geram sbnrnye dgn org yg xphm nie..ikut sedap mulut je nk ckp..ntahlakan..xkuasa da nk pkir..janji aku bahagia ngan kehidupan aku...hehe..cam xcaye plak..akhirnye aku tlh menjadi tunangan org....semoga j0doh kami berakhir ke jinjang pelamin dan berkekalan hingga ke akhir hayat..amin..d0akan kami kawen cepat ek..hehe..gatal plak die ye..huhu..jom tgk pic sekitar majlis pertunangan aku yg xseberape nie..



























Tuesday, 10 May 2011

Armless Girl Gets A Pilot License

Jessica Cox, 25, a girl born without arms, stands inside an aircraft. The girl from Tucson, Arizona got the Sport Pilot certificate lately and became the first pilot licensed to fly using only her feet.

Jessica Cox of Tucson was born without arms, but that has only stopped her from doing one thing: using the word "can't.."


Her latest flight into the seemingly impossible is becoming the first pilot licensed to fly using only her feet.With one foot manning the controls and the other delicately guiding the steering column, Cox, 25, soared to achieve a Sport Pilot certificate. Her certificate qualifies her to fly a light-sport aircraft to altitudes of 10,000 feet..



"She's a good pilot. She's rock solid," said Parrish Traweek, 42, the flying instructor at San Manuel's Ray Blair Airport.

"When she came up here driving a car," Traweek recalled, "I knew she'd have no problem flying a plane."

Doctors never learned why she was born without arms, but she figured out early on that she didn't want to use prosthetic devices.




~Kenali budi pekerti wanita dicintai~

Kenali budi pekerti wanita dicintai
 
 
Sensitif
Bukan bermaksud suka merajuk,tetapi perempuan hanya ingin bermanja dan sekadar ingin mendapat perhatian.
 
Cerewet
Bukan bermaksud cerewet tidak tentu hala,adakalanya si perempuan ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
 
Halus
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak.Walaupun seorang perempuan terkenal sebagai seorang pemaaf yang memaafkan org lain atas sebab kesalahan lain, biasanya perempuan akan ingat kesalahan itu untuk di simpan sebagai pengajaran. Bukan dendam.
 
Ikhlas
Ikhlas seorang perempuan tidak perlu diragui.
 
Korban
Perempuan sanggup berkorban apa saja untuk seseorang termasuk ibubapa, anak-anak dan suami. Perempuan amat tabah.
 
Prihatin
Perempuan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
 
Manja
Walaupun dia adalah seorang perempuan yang pandai berdikari,naluri kaum hawa masih lagi tetap seorang perempuan. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki namun juga sesama kaum.
 
Ego
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
 
Cinta
Cinta pertama bagi wanita lazimnya adalah cinta yang paling dalam dan tulus.
 
Seks
Seks bukanlah segala-galanya kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Nafsunya banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lekali pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu lantas fungsi lelaki adalah membimbing wanita, bukan menghanyutkan dirinya.