Tuesday, 16 July 2019

Petua- petua yang boleh diamalkan

Petua-petua untuk diamalkan.

✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh da ri situ.

✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.

Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:

• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.

*Jangan kedekut ilmu. kongsi untuk manfaat bersama..

Sunday, 14 July 2019

~Percubaan membuat Fudgy Brownies~

Salam..

Hai kwn2.. hari nie aku saje nk try wat Kek Fudgy Brownies lepas tgk Instagram Adikfoods.. dia share cara2 tu nmpk cam senang je..huhu.. sbb xpki mixer pn..juz kacau2 manja je..heheh.. brg2 pn mmg dah ade kt umah so jomla kite try buat..hehe

➤ Bahan-bahan
1 cawan unsalted butter, cairkan dan sejukkan
1 ½ cawan gula putih (jika guna chuncky chocolate susu buat 1 cawan sahaja)
1 cawan soft brown sugar
2 sudu besar minyak masak
4 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
¼ sudu kecil garam
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
120 g semi-sweet dark chocolate masakan - potong kasar-kasar
(Boleh guna chocolate ready to eat seperti Cadbury)


▪️Bakar suhu 175 C, 25 hingga 30 minit

▪️Loyang saiz 9 inci x 9 inci

1. Masukkan butter yang dah cair, gula putih, gula perang n minyak masak - kacau2 manja sampai sebati lepastu

2. masukkan telur, esen vanila dan garam - kacau2 manja jgn lama2 lepastu

3. masukkan tepung gandum dan serbuk koko yg dah diayak - kaup balik je sampai sebati lepastu

4. masukkan coklat yg dah potong2 - kaup balik je sekejap lepastu

5. tuangla ke dalam loyang - coklat yg dah potong kecik2 tu klw ade lebih bolehla susun kat atas adunan yg dalam loyang tadi lepastu

6. masuk dalam oven bakar suhu 175C dalam 25 ke 30 minit.

Ok. Siapppp!!!!

Tak pun korang bukak je instagram Adikfoods dia tunjuk video cara nak buat kek..



Siapppp!!!

Saturday, 13 July 2019

~ Aiskrim Pop Malaya.. Terbaikkkk~

Assalamualaikum.. selamat hari sabtu guyz.. saje nk cite hari kamis mlm aku gi COD barang Nurraysa dkt area Bangi. Lepas COD gi cucuk duit kt Petronas Seksyen 7, tgk2 ade jual aiskrim pop malaya.. dah lame kot aku cari.. ape lg beli la 2 batang aiskrim perisa tembikai laici dgn mangga pistacio.. fuhh sedap.. aku suke tembikai laici tu.. rase mcm minum air jus die lak..hehehe.. harga rm4.90.. bolehla utk buat2 rase..huhu.. nk beli slalu tak dptla der🤣🤣🤣 sesiapa yg lom try tu leyla try.. mmg sedap gilerrr😋😋😋




Thursday, 11 July 2019

~ 1st time makan aiskrim My Kori ~

Salam.. selamat petang guys.. aku nk cite mase raye ke4 hari tu adik ipar aku ajak g makan aiskrim dekat Cyberjaya.. jauh betul nk g makan aiskrim..hehe.. kedai aiskrim yg tengah viral skrg nie.. name kedai tu My Kori.. aiskrim macam bingsu tu.. aku mase tu order KakiGori Boru..aku ikut ape yg adik ipar aku order..hahaha.. aku amek yg rasa mangga.. 1 lagi amek yg rase coklat + oreo untuk anak2 aku.. aqil n rizqi kongsi..aku ngan laki aku pn kongsi xlarat nk mkn sorang2 ngilu gigi..hehe.. adik ipar aku dah repeat byk kali n dia boleh habis makan sorang2..huhu..







Serius sedap weh aiskrim tuh.. terliur pulak aku yg tgh menaip nie..hahaha.. korang bolehla try gi makan kt My Kori nie.. aku dah repeat kali ke2.. time tu gi yg kt cawangan kajang.. ajak mak aku, adik aku n isteri die makan..hahaha.. sorang dah teracun dengan ajakan aku..kuikuikui..

~ Kek Tiramisu Mudah & Senang ~


Salam.. hai... hr nie sj nk share resepi kek tiramisu yg mudah n senang 😁

Dah mkn separuh baru ingat nk amek gmbr😅

Bahan2 yg diperlukan:-

Biskut Marie / Kek Span
Whipping cream 250ml
Cream cheese 250gm
Serbuk koko
1 sudu teh Nescafe 
1 sudu teh Esen vanila
1/2 cawan gula castor

Cara2nya:-

1. Masukkan cream cheese, whipping cream, esen vanila, gula castor n putar hingga sebati.

2. Bancuh air kosong dgn sesudu kecik nescafe tanpa gula

3. Biskut marie/kek celup dgn air nescafe td lps tu letak dlm bekas. (aku guna biskut marie yg perisa kopi tu)

4. Ambil cheese yg dah putar tadi letak atas biskut / kek.

5. Lps tu tabur serbuk koko guna penapis atas lapisan cheese td dan ulang semula step yg sama sampai penuhla dalam bekas tu..huhu..

Dah siap.. xyah nk bakar2 terus masukkan dlm peti ais sejukkan dlm 3 ke 4 jam lps tu dah boleh makan😘😘 kalau tak sabar sgt lps sejam pn boleh je nk mkn..hehehe..utk tekak sendiri kan.

 Ok. Selamat mencube 🤩🤩🤩

 Aku dah buat masuk kali ke3 dah sbb ank2 aku suke.. beli kt kedai dpt sikit je berebut2 nk mkn.. bile buat sendiri ni puas hati..mknla nk ulang byk kali pn.. lps ni nk buat cheesekut milo pulak.. cara2 dia sama je mcm tiramisu ni juz tukar ke biskut kering biase tu je.. nnti aku share resepi die lps aku buat k..huhu..


 Eh jap ade ke org bace blog aku nie..hahaha.. xpe sj simpan utk diri sendiri je..