AKHIR UMUR DUNIA
Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya," (Hadis Riwayat Jabir RA)
Huraian:
· Setiap perbuatan akan dibalas setimpal dengan segala perkara yang dilakukan.
· Sekiranya sewaktu hidup di dunia melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang dilarang, pasti ganjaran pahala sedia menanti. Sebaliknya, jika perbuatan-perbutan keji yang menjadi amalan hidupnya, catatan dosa pula sedia menanti.
· Ajal maut adalah ketentuan ilahi. Tidak terawal, atau terlewat, walaupun sedetik. Insya-Allah pintu taubat masih terbuka, selagi nyawa belum sampai ke halkum.
· Sekiranya seseorang mati dalam keadaan beriman, dibangkitkan kelak dalam kedaan gembira. Sebaliknya, apabila mati dalam keadaan derhaka, pasti dibangkitkan dalam keadaan mendukacitakan.
· Setiap orang dibangkitkan mengikut amalan masing-masing.



















































