Tuesday, 20 March 2012

~Sebab wanita lebih cepat nampak tua~

  

Ada segelintir kaum suami mudah mencari  perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua,  gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan  para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata  anda?  


1. Tahukah anda, jika kita makan dengan  perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu  proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan  kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana  nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan,  buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan  x sempat nak hadam betul2.  


2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat  mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh  anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut  membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya  mengatakan "kau ni kuat betul makan!" 


3. Bila anak menangis tengah malam nak  minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido  lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam  semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x  cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula  wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua  utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR  SECUKUPNYA.  


4. Dan bagi wanita yang berkerjaya,  sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik  rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai  bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila  marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua.. 


Kesimpulannya. ..wanita cepat tua &  cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu,  hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja  isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda  mungkin tidak mampu melakukan seperti dia.. 

2 comments:

Mell Mariann said...

huhuhu... saye arap somi saye hargai saye..

Nadiamiera said...

Sy pn beharap bakal suami sy menghargai sy =)