Friday, 4 October 2013

~Keracunan makanan boleh membawa maut~

Assalamualaikum..selamat ptg kwn2..ptg ni sj nk bercerite psl keracunan makanan..ari ni ade dgr berita psl budak sekolah asrama kena keracunan makanan..puncenye dari ayam..hish.. takut plak aku nk mkn ayam pasni..huhu..yg 1st ari tu dgr keracunan makanan kat kenduri kawen di kedah..ad0i..takut lak nk mkn ayam pasni..huhu..harap2 lps2 ni xde kejadian mcm ni lg..sampai b0ley bawa maut tu..kesian sgt2 pd kelurga yg dah kehilangan ahli keluarga mereka sbb keracunan makanan..semoga keluarga2 tersebut tabah..al-fatihah utk mereka yg telah kembali ke rahmatullah..

Meh aku share info2 mengenai keracunan makanan. Sumber dari My Helath for life.

Keracunan Makanan

Apa itu keracunan makanan?
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).
Apa yang menyebabkan keracunan makanan?
Punca keracunan makanan:
  • Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
  • Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.
  • Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum.
  • Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang.
Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?
Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :
  • Keracunan tersebut
  • Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
  • Umur seseorang
  • Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang
Pesakit itu mungkin akan mengalami :
  • Rasa loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala
Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?
Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).
Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?
Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:
  • Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam).
  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
  • Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).
  • Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna.
  • Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
  • Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna.
  • Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih.
  • Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun.
Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?
Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:
  • Sentiasa menjaga kebersihan
    • Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
    • Basuh tangan selepas keluar dari tandas
    • Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
    • Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
  • Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
    • Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
    • Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
    • Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
  • Sentiasa masak dengan sempurna
    • Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
    • Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
  • Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
    • Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
    • Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
  • Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
    • Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
    • Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
    • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
  • Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
    • Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor
Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?
  • Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
  • Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai kesihatan
  • Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
  • Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

1 comment:

Affy Afiqah said...

Ika pun jadi risau dengar pasal keracunan makanan ni, dah laa favourite kita ayam hukhuk

Perkongsian yang informative kak, terima kasih kongsi :)