Thursday, 5 February 2015

~Strategi Bebas Dari Hutang~

Strategi Bebas Dari Hutang (Peringatan untuk diri sendiri)

Ini prinsip-prinsip yang perlu untuk melangsaikan semua hutang dalam masa singkat: 

1.        Jangan buat hutang lagi 
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar. 

2.        Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu 
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu. Hutang 'berkat' seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai "good debt" iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya 

3.        Buka Dana "Full-settlement Hutang" 
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai "pokok" jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai "pokok" + "interest"! 

#Semoga aku dapat mengikut strategi bebas dari hutang nie..Amin..

No comments: