Sunday, 14 July 2019

~Percubaan membuat Fudgy Brownies~

Salam..

Hai kwn2.. hari nie aku saje nk try wat Kek Fudgy Brownies lepas tgk Instagram Adikfoods.. dia share cara2 tu nmpk cam senang je..huhu.. sbb xpki mixer pn..juz kacau2 manja je..heheh.. brg2 pn mmg dah ade kt umah so jomla kite try buat..hehe

➤ Bahan-bahan
1 cawan unsalted butter, cairkan dan sejukkan
1 ½ cawan gula putih (jika guna chuncky chocolate susu buat 1 cawan sahaja)
1 cawan soft brown sugar
2 sudu besar minyak masak
4 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
¼ sudu kecil garam
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
120 g semi-sweet dark chocolate masakan - potong kasar-kasar
(Boleh guna chocolate ready to eat seperti Cadbury)


▪️Bakar suhu 175 C, 25 hingga 30 minit

▪️Loyang saiz 9 inci x 9 inci

1. Masukkan butter yang dah cair, gula putih, gula perang n minyak masak - kacau2 manja sampai sebati lepastu

2. masukkan telur, esen vanila dan garam - kacau2 manja jgn lama2 lepastu

3. masukkan tepung gandum dan serbuk koko yg dah diayak - kaup balik je sampai sebati lepastu

4. masukkan coklat yg dah potong2 - kaup balik je sekejap lepastu

5. tuangla ke dalam loyang - coklat yg dah potong kecik2 tu klw ade lebih bolehla susun kat atas adunan yg dalam loyang tadi lepastu

6. masuk dalam oven bakar suhu 175C dalam 25 ke 30 minit.

Ok. Siapppp!!!!

Tak pun korang bukak je instagram Adikfoods dia tunjuk video cara nak buat kek..



Siapppp!!!

No comments: