KAPSUL PSIKOLOGI : TIPS UNTUK KEKAL MOTIVASI
Motivasi adalah salah satu rahsia untuk mencapai kejayaan. Ramai di antara kita yang hanya mampu menulis impian sahaja. Bersemangat untuk seketika dan apabila hilang motivasi, kita terus terlupa apa yang perlu dilakukan untuk mencapai impian itu.
Berikut merupakan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk kekal motivasi.
1. TETAPKAN MATLAMAT
ü Mulakan dengan matlamat yang lebih mudah dicapai.
ü Pastikan matlamat itu realistik dan boleh dicapai.
2. PASTIKAN MATLAMAT MUDAH DILIHAT
ü "Vision Board" koleksi gambar yang merujuk kepada perkara-perkara yang anda ingin dicapai dalam hidup atau impian.
ü Koleksi gambar – gambar ini hendaklah ditampal pada dinding supaya ianya boleh dilihat setiap hari.
3. "REWARD" DIRI SENDIRI
ü Sebagai salah satu cara untuk memotivasikan diri sendiri seperti menonton wayang, main game, keluar dengan kawan dan sebagainya (ikut kreativiti dan kemampuan masing-masing).
ü Apabila anda menggunakan strategi ini, anda sudah mula set kan di dalam minda anda bahawa ada hadiah yang menanti jika anda berjaya capai matlamat atau target.
4. MENCARI INFO TETANG KISAH KEJAYAAN ORANG LAIN
ü Ia adalah cara yang sangat efektif untuk memotivasikan diri sendiri.
ü Selidiki cara orang lain yang telah mencapai kejayaan (buku, video, media sosial).
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua. Cuba amalkan tips ini dan kongsikannya. Lihatlah sendiri perubahan di dalam kehidupan anda, sudah pasti ianya akan bertambah lebih baik.
- copy dari Bahagian Kaunseling, UPM
No comments:
Post a Comment