Monday, 5 August 2019

Kemurungan????? Murung ke aku????

Salam.. hai, hari ni aku nk share pasal KEMURUNGAN.. kadang2 aku rasa macam aku ni stress sangat2.. lps tu tetibe fikir balik n becakap dalam hati " ko fikir apa yang sampai stress sangat?? kadang tu tengah drive dengar lagu dalam kereta pn rasa boleh sedih pastu nangis.. eh aku apehal nie??? kdg2 tu aku rase, aku nak sorang2 je.. nk jalan2 sorang2, makan sorang2.. ini bukan diri aku yg sebenar yg nk buat semua sorang2... dan kadang aku terfikir aku ni kemurungan ke? sbb aku punye level marah tu kdg2 xtaula nk ckp.. tetibe je boleh nk marah.. kesian kt anak2 aku asyik kene marah je.. bende kecik je pn aku boleh nk marah..ape punca yang aku boleh jadi macam nie pn aku tak tau..kadang tu rase nak menjerit kuat2..allahuakbar.. skrg nie bile aku rase mcm stress aku terus baca zikir "haula wa la quwwata illa billah" (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata) Lepas tu baru aku rase macam ok sikit.. aku harap aku belum sampai level kemurungan lagi.. jomla kite google apa tu kemurungan dan tanda2nya. aku share nota nie dari Kementerian Kesihatan Malaysia.



Apa itu kemurungan ? 
Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Penyebab/ Punca Kemurungan 
• Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine) 
• Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya 
• Persekitaran : Peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial 
• Ubat-ubatan : Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan.Walaubagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan 
• Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seper ti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm boleh menyebabkan kemurungan 
• Corak pemikiran : terdapat corak ter tentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya. 
• Stressor : stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episod kemurungan sekiranya tidak dikawal. 
• Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakit serius/ tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut. 
• Kehilangan orang yang disayangi, dan 
• Baru melahirkan anak



Tanda-tanda dan gejala kemurungan 
• Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan 
• Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan 
• Cepat rasa letih dan tidak bertenaga 
• Perasaan pesimistik dan mudah putus asa 
• Perasaan bersalah 
• Rasa diri tidak berguna 
• Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur 
• Hilang selera makan dan penurunan berat badan 
• “Rasa lebih baik mati”, kadangkala diser tai dengan percubaan bunuh diri 
• Rasa tidak tenteram dan mudah marah 
• Kurang daya tumpuan dan ingatan 
• Sukar membuat keputusan 
• Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman 
• Kurang nafsu seksual 
• Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah 
• Mudah cemas atau fobia

Siapa yang berisiko 
• Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas 
• Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan 
• Menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hiper tensi, Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan) 
• Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba 
• Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba 
• Perceraian 
• Masalah rumahtangga 
• Masalah keluarga 
• Penyalahgunaan dadah dan arak 
• Pengambilan ubat-ubatan tertentu 
• Mangsa penderaan 
• Tekanan di tempat kerja 
• Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak 
• Kecenderungan mudah risau atau bimbang 
• Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin) 
• Krisis ekonomi

Kesan sampingan 
• Mulut kering : minum air yang banyak, kunyah gula-gula getah yang kurang gula, bersihkan gigi setiap hari 
• Sembelit : makan bijirin, buah prune, buah-buahan dan sayur-sayuran 
• Masalah pundi kencing 
• Masalah seksual 
• Penglihatan yang kabur 
• Pening

Pencegahan 
• Ketahui penyakit anda 
• Patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan 
• Ber tenang dan sentiasa bersikap positif 
• Rancang kewangan anda 
• Amalkan gaya hidup sihat 
• Menyertai aktiviti yang akan membuat kita rasa gembira. Contohnya bersenam, menonton wayang, menyertai aktiviti keagamaan atau sosial 
• Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan

Rawatan 
Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif 
• Penggunaan ubat ‘Anti-depressant’ 
• Terapi elektrokonvulsif (ECT) 
• Psikoterapi 
• Kaunseling

Apa yang perlu dibuat jika anda mengalami kemurungan 
• Berjumpa dengan doktor di Hospital/ Klinik Kesihatan yang terdekat 
• Berjumpa dengan kaunselor 
• Buat sesuatu yang boleh membuat anda ketawa 
• Rehatkan diri dari perkara rutin 
• Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko 
• Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan 
• Dekatkan diri kepada tuhan

Salah faham tentang kemurungan 
• Ianya tidak boleh dirawat 
• Ianya tidak perlu dirawat dan boleh hilang dengan sendirinya 
• Ianya sesuatu yang memalukan 
• Ianya petunjuk seorang yang mempunyai karektor yang lemah

 Kredit nota dari Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments: